Ada Seekor Anak Gajah

Posted: 4 Februari 2013 in Zaman Primitif

Satu hari di bilik kuliah… Pensyarah aku ini seperti biasa memulakan kelasnya dengan sekarangan mutiara kata, beserta contoh-contoh relevan yang didasari oleh fenomena realiti yang berlaku masa kini. Aku suka keadaan ini, di mana pensyarah bukan sahaja deliver ilmu berkaitan subjeknya, bahkan menyelitkan sedikit nasihat dan ingatan berguna untuk diaplikasikan selepas melangkah ke luar bilik kuliah. Sikit, sekejap pun jadilah… Kadang-kadang ada pensyarah cuma ajar konsep tu, teori ni, terminologi nun, pung-pang-pung-pang! teeeetttt, terima kasih! abis kelas dan blah macam tu saje. Aku rasa takde pengisian jiwa langsung. Nak jugak dengar kata-kata hikmah ke, berita terkini ke, apa-apa je yang boleh kendurkan sikit atmosfera bilik kuliah yang tegang.

Pesanan pensyarah aku kali ini berbunyi: ‘nilailah kembali keupayaan diri’ dan ‘cuba keluar dari comfort zone anda’.

Mari lihat contoh ini: gajah.

Secara fitrah dan harfiahnya, gajah ialah haiwan bukan domestik. Kalau dikatakan domestik, sudah tentu ia tak dibela di belakang rumah seperti apa yang kita lakukan terhadap ayam, itik, lembu dan kambing.

Gajah ialah binatang liar dan makan tumbuhan liar, seliar nalurinya, tapi ia bukan liar (penipu) kerana tak boleh berkata-kata dan berfikir.

Manakala ‘gajah… gajah…’ pula lebih menjurus kepada tarian nakal Shin Chan yang acap kali dilakukan tanpa memakai seluar, diikuti dengan bunyi ‘kuk’ apabila kepalanya dihadiahkan peluku Puan Nohara.

Sebilangan penduduk dunia contohnya kanak-kanak hingusan di Thailand dan India boleh berjalan beriringan dengan gajah tanpa sekelumit pun gerun di hati. Macam berjalan sebelah semut. Sebaliknya, kebanyakan orang dewasa  Malaysia masih lagi takut-takut taik ayam even untuk memberi sebiji kacang kuda rebus kepada seekor gajah tua yang telah ditumpulkan gadingnya di dalam kurungan Zoo Johor.

Lalu kita memandang dengan penuh kagum, bagaimana manusia kerdil boleh bersahabat dengan sang gedembai. Boleh diarah-arahkan dan ditunggangi pula belakangnya.

Macam mana ye, gajah yang besar, ganas camtu boleh terlupa yang pada hakikatnya ia tu liar? Ia ingat ia adalah seekor anjing.

Semestinya, ia telah dijinakkan.

Tak… bagi aku, istilah jinak lebih sesuai diganti dengan bodoh.

Gajah itu telah dibodohkan.

gajah

Macam mana manusia ‘membodohkan’ gajah? Katanya, melalui  2 cara.

Cara pertama, kejam. Anak gajah akan ‘diasingkan’ daripada kawanan gajah yang lain. Menculik ni namanya. Anak gajah yang kesian tu mesti akan rasa pressure, sebab ia tinggal seekor je sekarang ni, yatim piatu, takde sapa nak lindunginya. Gajah binatang yang sensitif tau. Lagipun, bila ramai-ramai, kita rasa kuat. Bila tinggal sorang-sorang, mulalah terkulat-kulat. So inilah masanya.

Anak gajah tadi akan diacah-acah dengan api. Anak gajah tu for sure takut. Bukan macam anak manusia, tak takut api. Kecik-kecik dah pandai curi lighter abah, nak bakar mercun. Alih-alih, jari dah tinggal 6 je. Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi… Eh.

Anak gajah yang ditakut-takutkan dengan api akan terseksa batinnya. Takut, rasa terancam, semua ada. Serta-merta anak gajah terasa seperti dibuli dan akhirnya terus mengikut kata manusia tersebut. Baik jangan melawan. Kalau tak buat, kena cucuh api. Macam mangsa penderaan.

Sampai gajah tu dah tua, ia masih lagi ikut telunjuk manusia. Ia dah lupa yang ia tu binatang liar. Ia lebih takutkan api berbanding takut kebebasan dirinya dirampok.

Cerdik sangat manusia ni. Rasa macam hendak nangis.

Cara kedua, penuh permainan psikologi. Gajah yang baru ‘diculik’ akan dirantai kakinya pada sebatang pokok balak. Bila dikatakan balak, sudah tentu ia berat beriban-riban kilo. Gajah yang terasa dirinya diperlakukan seperti sekor kambing yang ditambat, akan berusaha membebaskan diri.

“Aku gajah, bukan kambing. Aku tak perlu ditambat-tambat. Aku hidup liar. Lagipun, aku bukan ayam tambatan skuad Jengking yang saban musim kehilangan bisanya tu! Aku tak rela diperkecil-kecilkan, kerana sesungguhnya aku bertubuh tidak kecil!” mungkin itu jeritan batin si gajah sambil menarik-narik kakinya dari rantai besi.

Walau sekuat mana pun ia menghentak-hentak, menarik-narik kakinya, kalo dah namanya diikat pada kayu balak, memang tak boleh lari gak. Pokok balak tak berganjak walau seinci jari cuma. Usaha untuk meloloskan diri tak berjaya walaupun berminggu-minggu ia mencuba.

Last-last, gajah tersebut penat dan melupakan hasrat ingin membebaskan diri.

Seterusnya ia akan dirantai pula pada pokok yang lebih kecik, mungkin pokok pinang. Walaupun gajah tersebut berupaya untuk menumbangkan pokok tersebut, tapi mind ia dah disetkan kepada ‘alah, tak bleh lepas gak macam hari tu. Watpe sakitkan badan buat keje sia-sia. Lebih baik aku makan bijik pinang. Ada gak pekdahnyeee’.

So, gajah pun buat donno je, tak membantah tak hape, dan akhirnya terlepas peluang keemasan untuk kembali hidup bebas di dalam hutan. Aku bet ah, kalau gajah yang dah terbodoh ini dirantai pada pokok taugeh sekalipun, ia pasti takkan berganjak kerana menyangka yang pokok taugeh lebih kuat darinya. Sedangkan taugeh tu picit dengan hujung jari pun bleh hancur tak tinggal sisa, apatah lagi jika diapit di antara 2  barisan gigi geraham. Makan pun sodap.

Akibat daripada kebodohan diri sendiri, taknak mencuba lagi dan cepat berputus asa, jadilah gajah yang besar tu hamba kepada manusia. Suruh tarik balak, ia tarik. Suruh golek dalam najis, ia golek. Suruh makan, ia makan. Suruh mengaji, ia tak mahu.

Sudah tentu kita tidak ingin menjadi seperti gajah-gajah yang telah di’jinak’kan itu. Kita berkeupayaan buat sesuatu perkara dengan lebih bagus lagi sebenarnya. Kita hanya menggunakan tak sampai 50% keupayaan otak masing-masing. Sebenarnya… sebenarnya… kita… berupaya!

Cuma kita je yang malas meneroka keupayaan diri kerana kita tak nak keluar dari locus of control yang selama ini menjadikan hidup kita senang, mudah dan tak perlu sesakkan kepala otak dengan segala mak nenek masalah dan risiko.

Begitulah seperti apa yang diberitahu oleh pensyarah aku…

Ambil lah iktibar daripada kisah sedih gajah-gajah ini kerana daripada mereka, kita dapat belajar sesuatu yang berguna. Rasa kegagalan, takde harapan itu semua mainan  minda. Istilah ‘gagal’ tu harsh sangat. Aku lebih suka ia digantikan dengan ‘tersilap’ kerana kalau  tersilap menghitamkan jawapan pada borang jawapan OMR, boleh kupadam. Tersilap haribulan, dapat kahwin ngan anak raja. Eh.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Betul tak?

Mengetahui apa yang anda ketahui,

dan mengetahui apa yang anda tak ketahui,

itulah sesungguhnya mengetahui.

– Confucius –

* Ini adalah salah sebuah entri yang telah aku up dalam blog lama aku, pada sekitar tahun 2007-2008. Dah kena delete dah blog tu sebab macam apende ntah yang aku tulis. Macam beruk mendapat keybod. Segan pulak, lantas menutup blog itu dengan tekadnya. (_ _;)

Dulu menulis dekat blog kemain panjang. Lepas tu ntah hapa-hapa jadah aku meroyan. Budak-budak baru nak up la katakan. Ngahngahngah… (padahal dekat blog ni lagi berganda-ganda aku merepek. Sian…).

* Aku teringat kepada entri ni selepas mendengar berita tentang kematian tragis 10 ekor gajah jenis Pygmy Borneo di Tawau Sabah, minggu lalu. Sesiapa yang bunuh gajah-gajah ni, aku sangat lah berharap agar gajahnya pulak yang ditokak tikus sampai meninggal.  Biar padan muka dia.

205355_434742933226827_1657063284_n

“Kami para haiwan pun ada hak hidup di muka bumi ini! Ini paradise kami!” *sebok lah kau Bobby*

Komen-komen
  1. kartunster berkata:

    kasihan gila gajah yang kena racun tu..

    harap aku jadi lagi pandai dari gajah err kalau ikut konsep yang ni lah..

    Like

  2. Tanpa Nama berkata:

    Dua ibu jari

    Like

  3. Ibu berkata:

    Dua ibu jari

    Like

  4. haris berkata:

    baca ari tu sebenarnya 16 ekor yang mati..
    kita memang dah biasa di’jinak’kan dari kecik lagi. sampaikan minda kita dah dikubukan dgn iron dome. berbanding pokok balak macam gajah tu. (tapi mungkin untuk segelintir kanak2 je kot..)

    Like

  5. Keri Ikhwan berkata:

    entri ni power!
    dari gajah sin chan smpailah ke gajah di Thailand. belajar dari gajah.
    gajah dijinakkan. manusia diindoktrinkan. jadi selesa dan takut bila mahu keluar dr kepompong keselesaan itu.
    dia sebenarnya terseksa. cuma tak berani berubah. takut ditimpa keseksaan yg lbih dhsyat. padahal ada peluang dia membebaskan diri dr belenggu itu.
    *aku mula merepek

    Like

    • Pa Johan berkata:

      Hihi!
      Tak merepek la. Betul la apa yang kau kata tu. Kita sebenarnya takut-takut taik ayam je… Bila dah terjerumus ke dalam sesuatu bidang tu, kita akan ok, insyaAllah.🙂

      Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s