Projek Buku Impian (Dan Syok Sendiri)

Posted: 15 Oktober 2012 in Kerja Baghal Lalalala

Sejak beberapa tahun belakangan ni aku dok perhatikan, kemain rancak sekali buku-buku berstatus bawah tanah diterbitkan dan dijual. Buku-buku indie. Zine-zine. Dijual oleh penerbitnya, orang-perseorangan atau wakil penulisnya. Semua orang mampu membeli buku-buku semacam ini sebab lazimnya dijual pada kadar harga mampu milik dan dijual di event-event. Tapi kalau malas dan tak menyempat ke event, kau beli saja secara online. Mudah. Kau tekan saja la keybod komputer kau tu, ketak ketak ketak, Google, cari penerbit, cari buku apa nak beli, masukkan nilai wang itu ini yang dikehendaki, confirm, send. 2-3 hari lepas tu, pos laju datang, ambil parcel depan pintu (lepas sign dokumen penerimaan, kalau tak sign pi amik kat pejabat pos).

Now, everyone can write katanyeee……. Dan ada buku sendiri. Dan yang penting, kebanyakan buku-buku ni tak dijual secara mainstream dan ianya limited edition. Memilikinya menjadikan seolah-olah kita sedang menjulang sebuah trophy. Bangga sekali, sebab orang lain takdak.

Jadiiiiiii!!!

Aku ingat aku pun nak jugak la buat buku indie ni. Macam happening haha. Sebenarnya, aku dah ada idea nak buat buku sendiri sejak setahun yang lepas. Impian aku nak buat buku yang ada lukisan bodo sikit-sikit, cerita bodo sikit-sikit, compile dalam satu buku, cetak, dan jual (macam mudah je keje ni, sebenarnya tak mudah pun… TT^TT). Aku nak buat buku yang isi kandungannya sempoi dan ringan, light and easy, senang macam makan popkon, senang macam main mercun pop pop, senang macam dengar lagu irama pop. Sebagai bahan bacaan untuk meredakan tensen dan (mungkin) sebagai alat untuk melupakan keboringan (di bilik jamban hihik). Buku yang boleh buat kau, if not ketawa, sengih kupang pun jadi la.

Aku dah plan, semua material dalam buku ni nanti adalah idea fresh tak hengat terbaik dari perkebunan, yang tak pernah pun terbit di blog ini. Sebab tak syok la eh kalau kita beli buku yang isinya dah pernah kita baca, serupa macam kita beli kaset kompilasi lagu-lagu pop rock kapak melayu tahun 80an. Balik-balik lagu Gerimis Mengundang, balik-balik lagu Isabella. Jadah? Padahal lagu-lagu tu kita boleh donlot punyalah senang kat 4shared. Tapi tidak dengan buku aku ni. Tidak, tidak. Buku ni walaupun sempoi, tapi ada kualiti. Kalau ada material lama yang terlepas pun, mungkin 5-10 persen saja. Oh ya. Buku ini akan berketebalan agak-agak dalam 100 muka surat, paperback, kecil dan ringan (untuk cut kos penghantaran), harga RM20 dan dijual secara online sahaja. Sesapa yang takde internet tu, habislah dia… habislah… Rugilah dia. Takde sapa nak kawan dengan dia nanti.

Buku ni dilaksanakan BUKAN untuk tujuan meraih populariti (begok banget sih pikir gituin…) ataupun untuk kaut keuntungan semata (aku tak rasa menjual sebuah buku indie saja dah dapat menyara hidup kau sampai ke mati), TETAPI!!! Buku ni bakal dilaksanakan just for the fun of it. Ini kerana kalau nak duit yang konsisten kemasukannya, aku tetap kena kerja macam orang lain (kerja, dan tak kaya-kaya juga sampai la tutup mata). Tapi kalau aku nak fun, this is it. Menjual buku tulisan sendiri secara indie dan kecil-kecilan. Kalau ada yang nak beli, aku suka hati mengirimkannya. Kalau takde, ya, ga apa lah… Nama pun untuk fun. Kita buat buku indie ni untuk enjoy, untuk kawan-kawan kita beli, untuk ketawa-ketawa, dan buku ni nanti sebagai kenangan, memori, untuk tatapan di masa kita tua kelak (alamak ai, pesal aku berperangai macam nenek tua yang serius pulak ni…).

Jadiiiiiii!!!

Untuk merealisasikan impian aku yang tulus ini, sejak setahun yang lalu, aku dah start sketch celah-celah mana dapat hihi. Semangat ni, semangatttttt!!!! Idea-idea bernas yang tetiba pop out pada masa-masa yang tak wajar tu aku akan jot down dalam buku kotor dulu. Memang banyak betul idea meraban aku ni, sampaikan aku terpikir, pesal power sangat aku ni? Pesal??? Pesal??? Arrrghhhh! Tensen!!! Ntah apa la agaknya mak kasik aku makan dulu. Entah-entah dedak. Kakaka. Tak patut, tak patut… Memang sepanjang setahun ni lancar je aku melukis. Haritu bajet nak lukis selipar la mula-mula, tak pasal-pasal pulak terlukis potret muka orang, sebijik macam muka aku pulak tu. Aikkkk!!! Ini yang makin bersemangat nih!!!

Jadiiiiiii!!!

Sepanjang setahun nan lalu, hingga sekarang, lepas bertungkus lumus spin otak sampai kering, melukis dan menulis dengan penuh ketekunan, iltizam dan tawaduknya, gambar kat bawah ni adalah bukti hasil titik peluh aku selama ni. Ya hahahahahahaha!!!! Jangan terkejut!!!

JENG JENG JENG!!!

Baru siap 2 helai. Kakaka… babun. Gini gaya, TAK JADI terus impian nak buat buku.

Komen-komen
  1. nurdani berkata:

    hahahahah. teruskan usaha nanti siap la sebuah buku

    Like

  2. Keri Ikhwan berkata:

    ko ni serius ke memain ni? aku dah mula konfius nih.. haha
    tapi idea tu memang patut diteruskan..

    Like

  3. dysha berkata:

    sila cepat siapkn ea..

    Like

  4. haryzkhairuddin berkata:

    idea dah mantop dah. tapi… apehal sikit sangat siapnye? kata dah setahun buat? kalau betul la ko nak buat sampai 100pages, mau tunggu lagi 50 tahun gamaknye nak siap manuskrip buku ko ni. haha.. ;D

    tapi xpe, keep up the good work. asal ada impian, teruskan je berusaha. insya Allah berjaya. bak kata omputih, where there’s a will, there’s a highway.
    *xnak tanya kat bobby ke utk idea selanjutnya..??* ;p

    Like

  5. kartunster berkata:

    aku nak beli yang 2 helai tu..i am serious buyer..

    Like

  6. Aujinz berkata:

    dah setahun baru dua helai…. wakakakakaka… siot jer Pa…
    Aku pun ade perancangan nak buat buku indie gak oi.. masalahnya, aku tak tau macam mana nak start… koh koh koh

    bestnya ade buku sendiri… ai ai ai

    Like

  7. nina berkata:

    sengal…baru nk order..haha

    Like

  8. Kringet berkata:

    Ouh! Ini suatu projek yang tidak akan terlepaskannya oleh saya. Saya tak akan tunggu. Tapi bila orang dah cakap tak tunggu tu janganlah buat muka selamba derk tak buat pulak!

    Like

  9. ezanidma berkata:

    dah siap nanti bgtau. aku nak jadi pembeli pertama okey

    Like

  10. Pa Johan berkata:

    Nurdani: Baiklah. Zzzz… *tidur*

    Keri: Aku pun konfius jugak ni. Haha…

    Dysha: Baik, puan! Zzzz… *tidur*

    Haris: Perenggan-perenggan terakhir tu ialah hiperbola semata. Haha. Tunggu tahun 2020 kot baru dapat release. :p Anyway, thanks for the nice words.🙂 Bobby akan muncul sebagai cameo. Hihi

    Kartunster: Haha, this is cute… :p

    Aujinz: Kakaka… aku pun tak tau nak start dari mana weh… Ala, kau dah boleh buat buku. Entri2 kau yang best2 tu kau compile je la. Habis cerita.🙂 But if buku ni terbit nanti, aku bagi kau sebuah. Free of cas!!!

    Nina: Nanti aku bukak tempahan. 20 tahun lagi. Haha!

    En. Syukri: Aik. Kena sound pulak saya ni. Haha. Relaks la incik. Saya akan buat berdikit-dikit. Tu pun kalau dihujani idea la… :p

    Ezan: Orait bebeh! :p

    Like

  11. farahin nadh berkata:

    sis,saya ingat kan betul2 da buat buku..hahaha..bersemangat saya baca sampai habes..
    tp xpe,keep it up sampai terlaksana..yeyeh🙂

    Like

  12. matkeng berkata:

    adakah gua tertipu dengan si ripa ni?? fuhh

    Like

  13. lin berkata:

    Bukukan blog ni siap dgn komen2nya skali, gerenti best..

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s