“Suasana di Hari Raya”

Posted: 17 Ogos 2012 in Dia Punya Art, Hari Yang Bertajuk, Zaman Primitif

Gambarajah 1

Ada kereta tank, ada blok-blok (ada orang lidi telah terjatuh di celah blok. Tak pedestrian friendly langsung area tu…), dan ada satu bentuk tu macam ikan layaran (atau pelepah kelapa? Atau lubang berapi? Cuba lihat dekat kanan gambarajah). Kereta tank tengah rolling malas-malas atas jalan melengkung yang bentuk jalan tu mengambil sempena rupa bot di zaman Firaun. So kereta tank tu tak dapat ke mana-mana la, sebab jalan tu hujungnya melengkung ke atas (siapalah agaknya menteri kerja raya negara ni… -_-). Ada dua orang lidi tengah ber-abugit sesama sendiri. Ada orang-orang lidi yang berterbangan dihentam jurus tanah tinggi Boboiboy juga.


Gambarajah 2

Dua buah ‘rumah’ sedang bertelagah. Siap ada bar yang indicate dia punya power level (namun tak dapat dipastikan pula rumah mana yang tengah steady). Kedua-dua rumah telah menghantar sepasukan gentlemen yang ada kuasa extraordinary (seperti dalam filem The Avengers) untuk mempertahankan rumah masing-masing daripada dicabul kehormatan (perhatikan di tengah-tengah gambarajah, ada ledakan kuasa yang bertemu). Mereka ini ada jurus hikmat kamehameha yang teramat la power gila nak mampus. Jet-jet pejuang kamikaze dari kedua-dua pihak dilancarkan di udara. Peluru-peluru diluruhkan, asap ungu yang memedihkan mata berkepulan (mungkinkah ada ladang anggur yang terbakar?), kemalangan jiwa turut dilaporkan. Negara ini sedang kacau-bilau nampaknya. Aku harap ini bukan Malaysia pada masa akan datang. At least kalau mereka ni nak bergaduh jugak, bergaduh la puas-puas time aku dah mati nanti. Tak sanggup nak menghadap… =.=


Gambarajah 3

Apakah kejadahnya ini? Makhluk berkaki empat (aku andaikan dia ada empat kaki since gambar ni dilukis dari tepi dan bersifat 2D), dan berkepala mentol? Mentol tu menyala kemain terang macam tu, jangan-jangan dia tengah dapat idea tak senonoh. Atau, adakah ini sejenis lampu picit? Lampu Aladdin? Adakah ini meriam? Ah, otak aku tak fikir benda lain dah selain… ini adalah makhluk ciptaan Freemasons. Aku pasti.

Tapi aku suka gambar ni. Macam misteri kot. Kalau pelukisnya jual gambar ni dengan harga doposen, tanpa meminta pandangan orang lain, aku akan beli agaknya. Serius.


Gambarajah 4

Yang ini… yang ini merepek mende ntah. Orang sibuk berperang, dia sibuk nak main sekolah-sekolah.

* Semua gambar di atas dilukis oleh sepupu-sepupu cilik aku (yang bersekolah tadika dan sekolah rendah) masa diorang datang beraya dekat rumah keluarga aku, tahun lepas (tak sangka begitu tabah sekali aku simpan lukisan-lukisan merapu diorang ni selama setahun, dekat bawah tilam. Nasib baik aku tak kena sawan dalam tidur).

** Buat pengetahuan, tema yang aku tetapkan sebenarnya ialah “Suasana di Hari Raya” (dan bukannya “Suasana di Hari Peperangan”) -____-””.

*** Ada 2-3 lukisan lagi, tapi hilang dalam simpanan aku. Hati aku berat mengatakan ada orang yang curi (mungkin sebab idea lukisan tu genius sangat).

Komen-komen
  1. BatuBulan berkata:

    hahaha! aku suka! aku suka!

    Like

  2. Prinz Aujinz berkata:

    hahahhhaha.. kreatif minda😄

    Like

  3. matkeng berkata:

    ni semua mesti kerja tangan-tangan freemason ni. cer kaji dengan lebih teliti lagi gambar2 tu.

    Like

  4. cimotcomot berkata:

    ni mmg the most awesome art!

    Like

  5. kentang berkata:

    ade bakat utk jadi mcm rifa bila dah besar nanti..

    ~slmt menyambut hari raye aidilfitri..maaf kalau ade terkasar bahasa.tahun ni bobby tak beraya ke?sambil tengah imagine bobby pakai baju teluk belanga..hahaha..

    Like

  6. Pa Johan berkata:

    Cik Moon Stones: Haih… V__V
    Lanun Ranggi: Kreatif, kreatif… kehkehkeh
    Matkeng: Gambarajah 4 tu aku syak macam kod rahsia. Ala-ala da Vinci code gitu. Kau tak rasa ke?
    Cimot: Bangga budak-budak tu. ><
    Encik Kentang: Haha… Memang dia pakai baju teluk belanga. Pakai cekak musang kang tercekik pulak dia.

    Like

  7. kak_Lin berkata:

    …patutlah dah sama mcm ‘hasil seni’ anakandaku….🙂

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s