Bersih

Posted: 21 Januari 2012 in Sajak Sajak Bodoh

1.

Belon lutsinar berbentuk hati
Lembut lembut saya isi
Dengan hembus hembus nafas
Yang berperasaan.

Nampak tak?
Ada biasan warna pelangi
Pada belon lutsinar berbentuk hati?
Cantik, indah dan ajaib, seperti isinya
Yang tak perlu saya selindung lagi.

Perasaan kasih ini yang ikhlas tulus
Sejernih belon berbentuk hati yang lutsinar
Belon itu mengembang
Se-lapang hati saya
Menerima kamu, lelaki halal
Ke dalam hidup saya.

2.

Belon lutsinar berbentuk hati
Ibarat diri aku yang ingin suci
Kembali seperti kanak-kanak.

Dulu aku pernah
Memiliki hati selutsinar ini
Tenang sekali
Sekarang belon lutsinar dihijabi noda setebal langit
Hitam legam!
Jauh dari pandangan Yang Maha Melihat
Aku sesat dalam terang.

Belon hati yang lutsinar
Payahnya ingin mencari semula
Selepas aku terhilangkan ia
Di celah celah atom kehidupan yang ralit.

Aku ingin sekali pulang ke pangkal jalan
Bersatu dengan Tuhan
Dengan hati selutsinar ini.

 

Komen-komen
  1. MoonStone berkata:

    rindunya dengan belon ini…

    Like

  2. Tanpa Nama berkata:

    suka main belon ni masa kecik2

    Like

  3. Enchik Hyde berkata:

    belon ni😦

    masih terjualkah lagi?

    Like

  4. Luc berkata:

    :3 Tiup-tiup si belon lutsinar,

    Bau dia sedap.

    Like

  5. Pa Johan berkata:

    Tanpa Nama: Dari kecik, sampai sekarang, saya masih suka main belon ni. :”>
    Encik Hyde: Ada, lah. Aku beli ni minggu lepas.🙂
    Luc: :3 :3 :3 Ha…pufff, ha…pufff, ha…pufff… wah, sedapnya bau dia… *me gusta.jpg insert here*

    Like

  6. Prinz Aujinz berkata:

    aku suka kunyah belon nie bila dia dah pecah..

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s