Angry Babi

Posted: 24 Disember 2011 in Bobby the Bubbly Babi

* Hai! Ini adalah entri terakhir untuk siri Bobby the Bubbly Babi. Aku dah malas nak lukis babi lagi sebab tak mahu  masuk neraka. Terima kasih kerana membaca. Harap harap kamu terhibur selama ini dengan keletah dan gelagat babi peliharaan aku ni. Pada masa kamu membaca entri ini, Bobby telah pun selamat sampai di Alaska, tanah kelahirannya. “Nak sambut Krismas di sana dengan mak abah kita“, katanya. Aku harap Bobby dapat makwe yang baik hati di sana nanti dan dapat lupakan Sikin yang nakal tu. Semoga dia tak menjadi seekor babi yang forever alone.

Gambar di bawah ini adalah sketch untuk siri Bobby. Semuanya dilukis di atas kertas bersaiz A5, sebelum aku scan dan edit secara runcit runcit menggunakan MS Paint dan perisian perisian cabuk yang lain.

Boleh tahan banyak juga. Malam ni aku ingat nak mulakan pengembaraan ke lohong berapi Mordor, untuk bakar semua lukisan lukisan babi yang teramat berdosa ini. Biar tak tinggal sisa. Siapa nak ikut?

Sekali lagi, terima kasih kamu, kerana membaca! Aku betul betul menghargainya!

Komen-komen
  1. TheSharkox berkata:

    janganlah begini..sian bobby

    Like

  2. matkeng berkata:

    😦

    Like

  3. krepek berkata:

    kesian bobby..harap² lepas ni ade la watak yg lain pula yg sehebat bobby..*tgh sedih*

    Like

  4. MoonStone berkata:

    TIDAKKKKKKK!!!!!!!!!!

    Like

  5. haryzkhairuddin berkata:

    weyh ripa..toksah la dok bakar bobby tu. ko bukukan je la.. sedih bobby tu aku tengok..😦
    ko edit gambar gune paint je?? gile hebat ko.. sifu ripa, tolong ajar.

    Like

  6. Pa Johan berkata:

    Ashraq: sian kat aku la. aku ni sebelah kaki dah ada dalam neraka tahu? asyik lukis babi saja.
    Matkeng:😥
    Krepek: nah encik, tisu.
    MoonStone: YAAAAAAAAAA!!!!
    Haris: aku tak buang la ni. aku takut roh Bobby merayau rayau dan kemudian cekik aku nanti sebab bakar dia. (bukan Paint je la, ada guna software lain juga)

    Like

  7. zulfikar Hazri berkata:

    kenapa pulak lukis babi boleh masuk neraka?

    Like

  8. Hanis berkata:

    aikk.. dh stop dah.. tkpe la, ikot suke aty rifa la.. tk kan nk pakse kot. tapi kan, cntik awak lukis. very very nice!

    Like

  9. Enchik Hyde berkata:

    kenapa aku rasa sedih?

    sayangnya, aku suka karya-karya kau, Pa. tambahan pula kau kata kau nak tamatkan blog ni -.-

    Like

  10. Jerung berkata:

    oloh, nak stop dah, T_T,

    Like

  11. FaAm berkata:

    alaa , sedih ar klaw abes cite pasal bobby ni😦
    buat la another blog macam ni gak , untuk 2012 punye plak :DD
    tukar binatang laen sbgai mascot🙂

    btw , we gonna miss bobby . like seriously :((

    Like

  12. Remy berkata:

    Tutup?
    Ok.

    Like

  13. cimotcomot berkata:

    alaaaaaaaa..mane aku nak carik babi??kat sini je kottt yg ade babi..

    Like

  14. Pa Johan berkata:

    Remy: Ya. Ok.
    Cimot: Babi ada dekat kandang babi di seluruh pelusuk Malaysia.

    Like

  15. Prinz Aujinz berkata:

    wai wai wai?.. *drama*

    Like

  16. Cik Nur Qalby berkata:

    Rindu lah kat Bobby pasni..nak bergelak guling-guling dgn natang ape lagi kalau bukan Bobby T_T sedihhhhhhhhhhh~

    Like

  17. Cik Nur Qalby berkata:

    huwaaaaaa~ bobby dah dikuburkan..bobbyyyyyyyyyyyyyyyyy~~~~~

    Like

  18. pikahbest berkata:

    waa…dah xd hiburan…mesti nt rindu dekat bobbyy

    Like

  19. deeya berkata:

    gonna miss u bobby !!😥

    tapi pa , petihartekarut tetap disimpan kan ? kau jangan buang pa .. jangan ! kat sini bnyak kenangan aku dngan bobby . errrr maksud aku , aku jatuh hati dngan keletah bobby .. susah aku nak bangun pa lepas jatuh . sob sob ! (sambil lap ingos)

    dan sebenarnye , aku berharap sangat nak tngok sikin .. tapi harapan tinggal harapan . hurm ~ patah seribu

    Like

  20. Pa Johan berkata:

    Cik Nur Qalby: nangis apa gunanya, kak. sedekahkan doa lebih afdal rasanya. :p
    Pikahbest: haha! LOL!
    Deeya: ya, tetap disimpan, tak dibuang. aku nak tunjuk dekat anak cucu aku nanti. :p kau jangan nak nangis sangat. buruk tahu tak? nah ambik tisu ni. jangan lap ingos dekat leher baju.

    sikin terlalu comel. aku pun tak tahu nak lukis macam mana. hmmm.

    Like

  21. haryzkhairuddin berkata:

    peti pendora kalau da bukak xleh tutup balik. same goes to petihartakarut. da bukak xleh tutup balik. that’s the law. muahahaha…😄

    nape sumer suka bobby? sebab dia je ba** paling cute pernah exist kat muka bumi. ade lagi yg lain ke?? hurm… ;p

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s