Atuk

Posted: 6 Disember 2011 in Atuk Gua Bukan Atuk Lu, Sajak Sajak Bodoh

Atuk yang ku sayang.

Kuat dan gagah sekali.
Pagi mengait sawit.
Melonggok nenas di tepi parit.
Tengah hari di tepian kali.
Mengutil buah kopi.
Petang di bawah rumah.
Mengetam kayu, membaiki yang patah.
Senja bukannya beban.
Menghalau ayam balik ke reban.
Atuk gembira bukan kepalang.
Bila seluruh masanya tak terbuang.

Atuk yang ku sayang.

Malam menggulung cerut.
Meneliti not lagu, dahinya berkerut.
Dikelilingi cucu yang ingin tahu.
Atuk berdehem, kami menunggu.
Atuk bangun tunduk hormat.
Lalu biola digesek cermat.
Selesai pertunjukan, kami bersorak.
Atuk puas, menghirup kopi pekat.

Atuk yang ku sayang.

Minat memancing takkan goyang.
Bila kami balik ke kampung.
Atuk menunggu dengan tabung.
“Kita ke parit. Tangkap tempolong”.
Kami setuju, berlarian ke kolong.
Atuk tersengih, nampak gigi ompong.
Melihatkan nenek yang mula memuncung.

Atuk yang ku sayang.

Kini tiada lagi.
Yang tinggal hanya kenangan abadi.
Atuk pergi, mustahil kembali.
Pergi menemui yang Maha Suci.
Tinggallah nenek seorang diri.
Dan kami yang memakan budi.

Atuk yang ku sayang.

Tahukah kau, atuk?
Rindu aku dengan kekehmu.
Rindu nak dengar ceritamu.
Terhibur dengar telor Jawamu.
Rindu nak lihat kau gesek biola.
Petik gambus, tepuk bongo.
Rindu nak pergi ke kebun bersama.
Rindu nak duduk-duduk bawah rumah.
Bual-bual pasal sekolah, pasal sekarang dan sudah.
Rindu nak duduk di ribaanmu.
Seperti selalu masa aku kecil dahulu.

Semoga kita berjumpa lagi.
Di alam yang kekal abadi.
Dan atuk takkan sunyi lagi.
Kerana atuk paling ku sayangi…

                                                                                                                   Atuk (Rifa Johan, 2008)

Komen-komen
  1. This is so sweet.🙂

    Al-Fatihah.

    Like

  2. krepek berkata:

    teringat kat arwah atuk saya..rindu sangat kat arwah atuk..

    Like

  3. Pa Johan berkata:

    Kak Hana:🙂 Al Fatihah…
    Krepek: Sabar, sabar… sedekahkan al Fatihah kepada arwah ye…

    Like

  4. Enchik Hyde berkata:

    rindu atuk jugak. sedihnya karya kamu kali ini😦

    Like

  5. Remy berkata:

    Kalau kau perasan, atuk atuk punya line selalunya ada je kerja yang dibuat. Dan ada raut bahagia kat muka bila atuk atuk ni buat kerja.

    Untunglah kau sempat kenal atuk kau.

    Like

    • Pa Johan berkata:

      Asyraf: ini saya buat dah lama. jadi ketika up entri ni, saya dah tak rasa apa-apa.

      Remy: atuk atuk kata badan sakit sakit kalau tak buat kerja. mungkin dah biasa bekerja kuat masa muda dulu. aku tak ‘kenal’ sangat atuk atuk aku sebenarnya. mereka meninggal waktu aku baru hendak kenal dunia. jadi sekarang rasa kerugian yang sangat.

      Aujinz: bila tengok DP kau, aku teringat dekat kucing. comel DP tu!😀

      Like

  6. Prinz Aujinz berkata:

    Aku tetiba teringat atuk,,,

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s