Operasi Sekuntum Mawar Merah

Posted: 29 September 2011 in Sajak Sajak Bodoh

Saya datang membawa sekuntum mawar merah.
Tanda sayang saya sesama manusia.
Saya datang membawa sekuntum mawar merah.
Tanda sayang saya sesama agama.

Saya datang membawa sekuntum mawar merah.
Ketika awak sedang marah-marah.
Saya datang membawa sekuntum mawar merah.
Awak palit saya dengan darah.

Saya tak akan dapat dihalang.
Saya tak akan keluh-kesah.
Saya tetap akan datang.
Membawa sekuntum mawar merah.

Kerana.

Dunia awak sangat kejam.
Tak pernah aman tenteram.
Langit awak selalu kelam.
Bumi yang sepi dengan harapan.

Tapi ingat, awak bukan berseorangan.
Awak, saya, dia, hidup melata atas tanah Tuhan.
Tali persaudaraan merentas gunung, lautan.

Suatu hari nanti, kawan.
Kita AKAN sama-sama tersenyum kelegaan.
Bertahanlah, kawan.
Ada taman yang indah di hujung perjalanan.
Kita ke sana, berpimpinan tangan.
Sekuntum mawar merah jadi saksi kejayaan.

Untuk awak yang selalu dikenang.
Walaupun satu jagat raya menegah.
Saya TETAP JUGA akan datang.

Membawa sekuntum mawar merah.

Lelaki dengan Sekuntum Mawar Merah,
Rifa Johan, 2011

*Untuk Palestin, dan untuk semua negara Islam yang sedang porak-peranda*

Komen-komen
  1. Prinz Aujinz berkata:

    Semoga mereka tabah…

    Like

  2. Remy berkata:

    Boleh masuk dalam antologi Bakti Kemanusiaan.
    Cool, Pa.

    Like

  3. zulfikar Hazri berkata:

    sekuntum mawah merah, sebuah puisi……

    eh tu lagu hattan…salah.. eh tu lagu alleycats….

    ni sekuntum mawah merah lain lah..

    Like

  4. Moonstone berkata:

    saya suka puisi awk. saya suka. suka saya membacanya berulangkali. kerana tiada kata-kata bombastika retorika macam puisi orang lain.

    dan juga kerana lelaki dalam gambar itu senyum pada saya🙂

    Like

  5. PA JOHAN berkata:

    *terharu*
    terima kasih! saya tak reti berpuisi, jadi saya guna perkataan2 yang ‘sedia ada’ saja.

    lelaki itu tersenyum pada semua orang. semoga senyumannya menyenangkan hati yg sedang bersedih!🙂

    Like

  6. Sarimah qiara berkata:

    Sungguh indah kata2 mu
    sangat mendalam pengertiannya

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s