Diari Basikal ‘Chopper’

Posted: 9 Ogos 2011 in Dia Punya Art, Karangan Bertulisan Komputer, Kertas Bersurat, Uncategorized, Zaman Primitif

Di bawah ini ialah manuskrip yang asal. Itu hari ada orang muzium nak beli, tapi aku tak bagi. Dia letak harga murah sangat, nak beli banglo 23 bilik tidur pun tak lepas.

Budak-budak dulu tulis rahsia dalam diari. Malam-malam duduk dalam bilik curi-curi tulis, pastu sorokkan diari bawah timbunan kain baju dalam gerobok, dalam laci. Tak nak bagi orang lain jumpa (dan baca). Kadang-kadang tu, diari dia siap ada padlock kecik.

Budak-budak sekarang tulis ‘rahsia’ dalam blog, dalam Facebook. Satu Malaya tahu dia punya cinta monyet, semalam dia makan lauk apa dan apa fasal dia merajuk dengan makwe dia sampai setahun tak mandi.

Walau macam manapun, aku masih sukakan diari yang ditulis dengan tangan, bukan komputer. Sebab diari tulisan tangan ada ciri-ciri manusia. Dia simpan perasaan si penulis dalam bentuk tulisan (yang makin tak steady bila sampai hujung-hujung), dalam bentuk renyukan muka suratnya, dalam bentuk doodle, dalam bentuk kepilan tiket bas ekspres, dalam bentuk kesan kotoran cap jari dan dalam bentuk bekas tumpahan air Milo.

Blog apa ada?

Komen-komen
  1. nizamsani berkata:

    wah.menarik diari ni.

    Like

  2. Setuju. Aku dulu-dulu tulis diari sorok2, macam apa. Sekarang dah start tulis jurnal balik. Tapi menaip guna app Day One. Siap ada password. Bahaya oo, takut2 ko jumpa, ko baca, pastu ko publish kat sini. Tanak ah.

    Like

  3. oh. tapi bila buat travel journal, aku guna banyak medium. aku suka tulis, sampai buku tu penuh dengan duit negara tu, tiket bas, tiket flight, plastik keropok, plastik coklat (ye aku suka kumpul sampah sarap). kadang-kadang kalau penat nak tulis aku taip kat ipod touch. lepas tu kalau penat sangat lagi pasal siang tu dah mengukur luas satu bandar, aku cakap je rekod suara sendiri.

    Like

    • RIFA JOHAN berkata:

      bagusnya kak! harap saya dapat buat mcm tu satu hari nnt.
      sy pun suka simpan sampah-sarap. plastik cekelat, sampul surat, dll.
      benda2 tu, ada nilai sentimental.

      Like

  4. TheSharkox berkata:

    aku sebagai lelaki sejati, tiada diari..

    Like

  5. Remy berkata:

    Buku harian rasmi kerajaan Johor tu.
    Aku suka tengok cover depan yang dah renyuk tu.
    Macam kitab lama.

    Like

  6. Lisasuke berkata:

    Soalan straight to the point –> ni diari angah ke diari along…?🙂

    Like

  7. Prinz Aujinz berkata:

    Aku ada tiga diari, masa aku sekolah rendah ada satu, sekolah menengah ada satu dan sekarang pon ada satu..

    bukan semua rahsia kita boleh tepek kat blog kan kan kan… koh koh koh..
    aku memang olskool.. koh koh koh

    Like

  8. Tuan Kodok Hitam berkata:

    sila simbah air milo kat laptop memasing😀 ekekeke..alolo..teringat diary akak dulu kala..entah dah masuk api gamaknye..byk tulis pasal kene ‘dera’ dgn mak hahaha..konon masa tu mak kita lah paling kejam suka marah2 bebel2..walhal dah memang tu penyakit berjangkit perempuan..

    Like

  9. si vuduh berkata:

    dlm blog ada bobby, the real bobby haremmmm..

    Like

  10. solh mcari solehah berkata:

    rifa,u r sumthin else =)
    tq..tp lenkali bleh xtlg update kat fb.sng nk tgk maa..

    Like

  11. cik mars berkata:

    aku x de diari, tp bila ade budak laki yg aku suka,
    aku tulis dalam buku kulit keras..
    dah lama tu, bila ada rombakan rumah mula la gabra bila mak aku t’jumpa buku kuilt keras tu..
    deng! =.=”

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s