KENTANG dan TENTANG: Ketawanya Sama Naik Dengan Fikirnya

Posted: 12 Julai 2011 in Karangan Bertulisan Komputer

Lanjutan dari isu perlakuan sumbang dan tidak Nusantara-nya sang Bobby tempoh hari, setat semalam aku dah haramkan dia pegi tadika. Babi juvana tersebut dilokap sampai 100% sembuh dari demam cacar.

Tapi… kesian pulak aku tengok Bobby tergolek-golek, tertiarap-tiarap, main picit-picit hidung dia, mati kutu sebab kebosanan. Sebagai seorang penjaga yang sensitif, humanis, dan hormat hak asasi haiwan, aku belikan 2 buah buku ni untuk dia isi masa lapang dan asah kemahiran membaca dia:

Yahuuu!!! Buku-buku terbaru oleh Encik Saharil Hasrin Sanin bertajuk Kentang dan Tentang! (Tekan mana-mana gambar di atas untuk ke blog beliau).

Mula-mula, agak was-was juga la nak bagi budak Bobby tu baca sebab… cuba engkau tengok cover buku Tentang. Apa pasal la dengan kelengkang Rosli tu ye, sampai dijangkiti kulat? Rosli ni… jenis bangsa manusia yang lepas buang air tak reti nak capai gayung agaknya. Pesen tak tahu erti dan kepentingan ber’taharah’. Boleh jadi juga rumah beliau tak ada install tangki air, siapa tahu? Atau kerana beliau gemar ke hulu ke hilir dengan memakai seluar kerja yang tak kering betul? Sedap sebab rasa sejuk-sejuk lembab?

Kalau macam gitulah gayanya, aku sedikit khuatir dengan masa depan Rosli. Beliau berkemungkinan akan menghabiskan banyak wang dan masa, berulang-alik dari rumahnya ke hospital. Dan sesi mengikis kulat bersama pakar dermatologi pasti amat memalukan serta menyakitkan. Dan pasti akan meninggalkan parut yang hodoh di ‘sinun’. Untuk memikat wanita, first impression tu… very important, Encik Rosli!

Karang kalau Bobby tanya kenapa celah kangkang Rosli tumbuh cendawan bagai, aku nak temberang apa? Dan, kenapa pulak perempuan yang sorokkan ‘benda’ dalam baju dekat cover buku Kentang tu… buah dada dia besar sebelah?

Melihat cover kedua-dua buku tu pun sudah menerbitkan pelbagai sentimen, persepsi, persoalan, prejudis, paranoid, dan beberapa perkataan terbitan Greek yang lain, apa cerita pula dengan isinya? Tentulah sangat mendebarkan! Oleh itu mari kita semua pakai cermin mata 3D dan buka buku Kentang, muka surat 90! Yay~~~!!! <———– ini Bobby yang cakap.

*penjelasan mengenai kulat Rosli ada di blog grafik Saharil Conteng, manakala pasal buah dada tu… jari Encik Saharil tergeliat masa melukisnya, sebab terlampau nervous.
Agaknyalah kot. Nyahahaha~~~

Bobby dah tercangkuk dengan buku Kentang (buku ini buku bergambar yang nakal, sinikal dan lucu). Buku Tentang dia tak baca sebab dia ABC pun berterabur lagi. Aku yang tolong bacakan untuk dia. Dasar babi manja!

Komen buku Kentang dan Tentang:

 Aku tak pandai (dan tak layak) nak mengulas isi buku (dan sekarang ini kita bercakap mengenai buku-buku Encik SAHARIL HASRIN SANIN. Nak komen-momen apanya lagi???) Dulu masa sekolah, kalau cikgu suruh buat ulasan (untuk projek NILAM), aku pakai libas je sinopsis kat cover belakang buku. Itu pun kalau ada. Dapat yang tak ada, pandai-pandai la angkat diri sendiri jadi penulis jemputan. Cincai-boncai, lepas ada dekat 15 patah perkataan merepek-repek macam orang tua nyanyuk, stop. Kalau dapat buku cerita jenis antologi, yang ada banyak cerpen dalam satu buku tu, memang sedap-sedap empuk sangat lah. Satu cerita, satu ulasan. 10 cerita, dah dapat 10 ulasan. Selalu juga aku pinjam buku jenis ni. Kadang-kadang cerita dia cuma 3-4 muka surat je, tapi aku kelentong, kata 300 muka surat. Alah, tak ada maknanya cikgu nak check… Dia orang sibuk menelaah katalog Avon, Tupperware dengan Cosway. Mana ada masa nak peningkan mata ngadap tulisan budak-budak yang macam cakar harimau, yang macam tungau, yang macam tulis guna belakang telinga?

Jangan salah faham. Aku sebenarnya amat suka membaca. Aku akan baca apa saja material yang ada tulisan di atasnya (kecuali batu nisan. Batu jenis ni kalau kau degil nak baca jugak, kau tunggu la dalam 3 hari camtu lepas kau baca, kau tunggu je lah… kau tunggu je… kau akan…………… huissshhh… tegak bulu tengkuk aku). Aku cuma tak bijak nak mengulas je (kerana tidak ada ilmu dalam bidang penulisan). Aku juga miskin perbendaharaan kata. Tambahan lagi, aku ini adalah tidak pandai mengatur ayat-mayat pun. Sebab terakhir, aku takut kalau tersalah komen, aku akan kena debik dengan Encik Saharil. Waaa… mintak simpang~~~!

Tapi…

Bagi aku, buku yang bagus adalah buku yang tak meleret dari segi bahasanya, yang mampu menggamit aku untuk baca ia lagi dan lagi walaupun sudah khatam baca beberapa kali (ada x-factor yang susah untuk dimengertikan), yang boleh ajak aku berfikir dan generate idea baru daripadanya (macam gestalt), yang ada gambar / rajah, yang ringan dari segi jasadnya tapi ‘sarat’ dari segi dalamannya, supaya mudah aku bawa baca ketika tengah suap nasi dan ketika berada di bilik berfikir (hekhekhek…).

Juga wajib ada unsur humor! Ini paling penting! (kalau takde unsur humor, itu namanya bukan buku. Itu batang penyapu!)

Dan Kentang dan Tentang ada semua ciri-ciri tu! Ya Allah, bagusnya!!! *menekup mulut dengan kedua belah tangan, air mata syahdu mengalir deras membasahi pipi*

Alhamdulillah, sangat tidak rugi membelinya! (wallet aku tercungap-cungap semput ketika buku-buku ini keluar, tapi sebagai seorang kipas nombor satu blog Encik Saharil, aku sanggup makan bercatu, sanggup ambik upah memerun semak, sanggup jadi maskot ayam, sanggup mengopak tabung babi Bobby secara curi-curi, semata-mata nak cukupkan duit. TT____________TT).

2 ikon ibu jari dR Rozmey ganda 20 aku berikan (kalau tiada kesalahan ejaan, mungkin boleh dapat lebih lagi!) kepada Encik Saharil dan Sindiket Sol-Jah kerana menerbitkan blook yang sangat istimewa ini!  Reka bentuk, kertas, font dan susun letak buku-buku ini sangat tip-top! Tak sakit mata membacanya! Horray!

Sebelum menghabiskan sisa-sisa ayat, aku nak tanya 1 soalan standard A Level dekat kau orang:

“Engkau dah beli belum?”

“Apa?!!! Engkau belum beli lagi buku Kentang dan Tentang?!!! Sah…! Memang sah lah engkau TAK TAHU biseps Encik Saharil tu besar mana!!!” *ngeri*

Komen-komen
  1. TheSharkox berkata:

    Baru perasan, saharil ini dan saharil yang melukis satu lukisan satu hari itu adalah org yg sama,……..

    Like

  2. Prinz Aujinz berkata:

    okeyh, aku tak jumpa blog beliau… T_T

    Like

  3. eszol berkata:

    wakakakakakka

    interview bersama kura kura paling best dlm kentang

    tentang pun dah baca, emotion fluctuate turun naik baca tentang

    very naissssssss books

    Like

  4. nizamsani berkata:

    hai rifa johan.
    suka blog kamu.

    nampaknya lambat lagilah ada entri baru.
    penulis blog dah pengsan.

    Like

  5. naga berkata:

    Kesalahan ejaan memang disengajakan. Sebab: 1. itu ‘rupa dan jiwa’ buku mandiri (apa barang tak ada kesalahan langsung macam buku DBP, bhai!!!!), 2. kesalahan itu boleh kami jadikan soalan kuiz, manalah tahu kalau kami dah tak ada idea nak buat peraduan untuk anda berpeluang pelbagai hadiah yang menarik.🙂

    Like

  6. sinaganaga berkata:

    Kesalahan ejaan memang disengajakan. Sebab: 1. itu ‘rupa dan jiwa’ buku mandiri (apa barang tak ada kesalahan langsung macam buku DBP, bhai!!!!), 2. kesalahan itu boleh kami jadikan soalan kuiz, manalah tahu kalau kami dah tak ada idea nak buat peraduan untuk anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik.🙂

    Like

  7.  Hana berkata:

    dah makin ramai pembaca, maka kau dah tak boleh tutup belog. KAHKAHKAH

    Like

  8. A.I.² berkata:

    Setelah sekian lama, baru dapat buku ni Ahad lepas di AFG.

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s