Jom Conteng!

Posted: 12 Mei 2011 in Alma Mater, Zaman Primitif

Salam sejahtera semua!

Blog contengconteng.com di bawah ini (tekan gambar tersebut) ada buat satu kontes (rujuk blognya untuk keterangan lanjut).

Mula-mula aku kena cakap dulu, AKU DAH JOIN. Tapi aku join sebab nak main-main. Aku tak harap pun terpilih menjadi pemenang sebab benda yang saudara contengconteng akan baca lepas ni lari sikit tajuk dia daripada apa yang saudara arahkan. Aku pun tak faham sangat dengan apa yang aku buat ni jadi aku tak expect saudara akan faham juga. Benda-benda bodoh ni… harap saudara sabar membacanya. Ia adalah kisah benar aku masa di sekolah rendah dulu.

Oh ya. Aku pilih entri Kringgg!!! Rehat? Yeay!!! di bawah siri Aku Ingat Lagi .

Kalau ada masa, kamu orang pergilah menziarahi blog contengconteng.com! Banyak benda best kat sana. Lagipun, tuan tanahnya tak charge kepala pun, percuma!πŸ™‚

Okey, sekarang mula baca.

Okey, sekarang aku kena jawab 3 soalan pulak!

1. Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?

-Lukisannya yang beriklim tempatan, macam karya Dato’ LAT. Sebenarnya, aku tidak gemar sangat kepada lukisan gaya manga jepun (yang ada mata besar yang berkaca-kaca macam guli tu, kaki dan tangan yang panjang-panjang, dan muka kontrol kacak dan lawa). Aku lebih suka gaya doodle macam lukisan saudara contengconteng. Tak ada stress.

-Ada entri kenangan-kenangan masa lalu. Kadang-kadang pengalaman kita ada yang sama, buatkan aku tak renti sengih.

-Kucing. Aku suka kucing, walaupun aku tak ada membelanya. Mak aku tak bagi. Dia kata kucing ada kutu, kakinya ada najis. Bimbang dibawa satu rumah.

2. Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?

-Perbanyakkan entri. Pukul rata, 4 entri sebulan; 1 entri seminggu. Pendek pun tak apa. Asal ada conteng sikit.

-Letak gambar saudara dengan tunang. Nanti kalau aku terserempak dengan anda berdua di mana-mana, boleh aku hulur notepad, mintak otograf.

-Header. Header dulu besar, dah cantik dah. Header boleh ditukar setiap bulan.

3. Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan?

– Plushie Kucing the Cat. Kalau tak dapat buat, keychain pun boleh la…

-Perhiasan meja.

-T-shirt edisi terhad yang ada tulis: β€œIni T-Shirt limited edition dari conteng-conteng.com. Kau ada?”. Bagi jeles sikit kat orang-orang yang tak ada.

* Korang dah join? Hihi…

Komen-komen
  1. TheSharkox berkata:

    Wow.. next conteng2 in the making ni… susah nak jumpa girl yang boleh melukis macam ni,.

    Like

  2. marina berkata:

    hai.. aku pong org johor gak. tp sistem sekolah aku, pagi seolah kebangsaan, petang sekolah agama.πŸ˜€

    googdluck ek utk contest ni.

    Like

  3. nurdani berkata:

    haha..sangat cute. aku ni dah la malas baca cite panjang2..tapi cite ko ni berjaya tarik minat aku kekal membaca. bagus2…heheh

    Like

  4. RIFA JOHAN berkata:

    nurdani, tq sbb baca cerita gila ni!
    ms buat cite ni, aku hampir givap sbb pnjg sgt. tibai jela…

    Like

  5. pidot berkata:

    Terbaik la RIfa johan..aku baca ni gelak sampai berguling2 << nipu.. berair mata aku gelak..hahaha lawak la..best sgt..terkenang zaman sekolah dulu..
    keep it up..
    ada next story x?

    Like

  6. haryzkhairuddin berkata:

    siyesly, susah nak cari blog2 camni. kirenye rare species la gamaknye. unik gile cara presentation setiap entri. keep up the good work rifa..!πŸ˜€

    *lukisan camni leh kate orang lidi ke?? konpius2.. dah macam lukisan kartunis je.. peace.

    Like

  7. contengconteng berkata:

    Hai Rifa. Tahniah untuk kemenangan. Nanti hantarkan buitiran di bawah ke email contengconteng@yahoo.com:

    Nama Penerima:
    Alamat Pos:
    No. Tel:

    dan saya akan poskan hadiah yang dijanjikan.

    p/s: entri anda tidak nampak ‘cacat’ di blog saya ye. makin cantik ade la.

    Teruskan menconteng!

    Like

  8. dengdang berkata:

    la orang jb…..
    nnti jumpa boleh blanja la kan?…hehe

    btw..nice artwork..keep it up…

    Like

  9. Fararera berkata:

    hasil kerja yang sangat kemas dan kite suke sangat..πŸ˜€ ada sambungan tak???

    Like

  10. cimotcomot berkata:

    deserve to win!!..memang boom!!

    Like

  11. Janggel berkata:

    Best la entry ni. tahniah !

    Like

  12. Tanpa Nama berkata:

    wah.cantiknya lukisan.kamu ada anugerah yang berharga^_^. bestnya. teruskan berkarya. karangan pun best ^_^

    Like

  13. Khairulsyarafi berkata:

    wah…memang terbaik..boleh saya tau font apa yang digunkan??…atau freehand??…ini adalah karya terhebatπŸ™‚

    Like

  14. Keri Ikhwan berkata:

    superb! lukisan comel, jalan cerita tersusun, ayat senang faham, ada pengajaran, ada motivasi.
    yg penting kelakar giler sampai gelak putus saraf tunjang.πŸ™‚

    Like

  15. kartunster berkata:

    loh..aku ingat ko lelaki..hehe

    aku budak johor jugak..tpai aku sekolah agama petang..
    gua dulu tokey sagun dengan kacang rebus jugak..tapi kejap je..

    well, salam kenal

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s