Terpaksa Hidup Dalam Imaginasi Sendiri

Posted: 7 April 2011 in Zaman Primitif

Masa aku dan abang-abang aku masih lagi budak-budak sekolah, Mak cipta peraturan yang tak munasabah sekali. Peraturannya ialah, TV HANYA boleh dibuka pada hujung minggu saja dan rancangan yang dibenarkan tengok HANYA Power Rangers, A-L-O-N-G, Ultraman Taro, National Geographic, WWF dan Doraemon. Kalau mood Mak baik, kami mungkin boleh tengok Dragonball.

Kalau Mak dapat tahu kami bukak TV tanpa izin, kami akan kena hambatan padu maut dia. Jadi kami tak berani nak merusuh dan pasang-pasang sepanduk tanda protes sebab, tak akan menang punyalah …

Kadang-kadang TV kat rumah aku tak bercuit seminggu straight sebab masing-masing terlupa nak tengok. Aleh-aleh je dah terlepas 1 episod cerita Mighty Morphin Power Rangers.

Cuti sekolah pulak, Mak ngan Abah tak pernah bawa kami bercuti ke mana-mana. Gunung? Tarak! Pulau? Tak pernah! Ostolia? Haram! Paling jauh pegi, Melaka. Banyak kali jugak kami pegi Melaka. Sampaikan Kota A Famosa tu aku dah boleh hafal sangat dah bau hancing dia macam mana.

Kalau Abah pokai (ni memang biasa sangat), kami balik kampung atuk jelah, sebab, kampung atuk aku dua-dua masih dalam kawasan jajahan takluk negeri Johor. Tak kena lalu tol, minyak pun sef.

Kadang-kadang aku sampai jadi bengap nak tulis apa kalau cikgu bagi homework karangan ‘Cuti Sekolah Saya’ sebab aku tak pernah pergi tempat-tempat percutian seperti Kameren Hailen (betulkah ejaannya? Aku tak pernah pegi tempat ni) ngan Pulau Sipadan.

Jadi balik-balik aku akan tulis pasal eksperien aku pergi naik kereta lembu kat Melaka, padahal cerita naik kereta lembu tu dah lama berlaku 4-5 tahun lepas. Dan aku naik pun cumalah sekali. Tapi cerita naik keta lembu tu boleh meleret-leret sampai 3 perenggan. Hairan aku dibuatnya.

Oleh itu, apabila aku PERTAMA KALI menjejakkan kaki ke pantai (pada usia 19-20 tahun), aku rasa sangat teruja. Baru aku tahu betapa halusnya pasir pantai, betapa masinnya air laut, betapa indahnya melihat matahari terbenam pada waktu sore. Selama ni aku cuma tahu pasal keindahan pantai dari buku dan dari mulut orang je.

Aku teruja sampai aku menangis. Sebab terlampau emosi. Tolong please jangan ketawakan aku yang kasihan ini.

Teruja tengok matahari nak tidur sampaikan tak sedar ada orang curik ambik gambar. Ni kat pulau kecil berhampiran Singapura dan aku ke sini dengan berkayak selama 2 jam. Wooot!

Zaman kecik-kecik aku dan abang-abang aku begitu banyak dihabiskan kat rumah teres 3 bilik dekat Skudai. Tinggal kat taman perumahan memang tak adventure; sungai takde, pokok besar takde, padang takde, yang ada cuma jalan tar ngan jiran-jiran yang bengkeng.

Dahlah tak boleh tengok TV sangat, cuti sekolah tak pernah pegi jalan-jalan, duduk pulak kat kawasan rumah teres, bosannya bodoh! Yang tinggal cuma buku. Habis baca buku, dah tak tahu nak buat apa.

Jadi selalunya kami main conteng-conteng.

Dalam keluarga kami, cuma Angah aku yang (boleh tahan jugaklah) power melukis. Cita-cita dia nak jadi kartunis, pastu kena sound tepet ngan Mak. Mak cakap berdosa lukis gambar orang, terus Angah tukar cita-cita nak jadi engineer atau dokte. Cita-cita tipikal budak-budak sekolah…

Along aku pulak cita-cita dia masa tu nak jadi posmen. Sebab hobi dia kumpul setem. Wahaha.

Sebab dah terbiasa sejak kecik, maka dua benda ni adalah benda yang paling aku suka buat sekali di dunia: menconteng dan membaca. Sampai sekarang pun, aku tak suka sangat tengok TV. Pemerintahan kuku besi Mak memang meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri ini. Fuh!

Dahlah, malas pulak nak taip. Esok aku buat entri pasal khazanah antik yang aku janji itu hari kat Inchik Peti. Khazanah tu terhasil sebab nilah: sebab bosan duduk dalam rumah masa cuti sekolah dan bosan sebab tak dapat tengok TV.

Komen-komen
  1. Pijah berkata:

    Patutla terer lukis, dulu kejenye menconteng je la eh, da leh tgk tv…hehe…

    Like

  2. len'sain berkata:

    spe la nme cikgu seni tu..meh ak cek lukisan dia plak….

    Like

  3.  Hana berkata:

    Along kau masih kumpul setem tak? Wujud lagi tak setem2 tu? Nak kasi aku tak? Hahahaha serius ni.

    Like

  4. Tanpa Nama berkata:

    skudai kan ada skudai parade..

    Like

Timakasih! :>

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s